Thursday 25 September 2014


MEMINDAHKAN MAKLUMAT (Membina Ayat )


A.Gambar di bawah menunjukkan aktiviti-aktiviti di sebuah taman rekreasi. Tulis lima ayat yang lengkap tentang  aktiviti yang terdapat di taman rekreasi tersebut.



















contoh jawapan

1. Sepasang suami isteri sedang menemani anak 
    kecilnya berjalan-jalan di taman rekreasi sambil 
    menghirup udara segar.
2. Seorang pengunjung duduk bersendirian di atas 
    sebuah bangku sambil membaca senaskhah surat 
    khabar.
3. Dua orang lelaki dewasa berjoging di taman 
    rekreasi agar badan mereka sentiasa sihat dan 
    cergas.
4. Dua orang budak sedang bermain basikal dengan 
    berhati-hati di lorong yang disediakan di taman 
    rekreasi tersebut.
5. Seorang lelaki dan seorang perempuan duduk 
   di atas bangku yang terletak di  tepi tasik sambil 
   berbual-bual.


B. Bina lima ayat yang lengkap tentang gambar di 
    bawah ini.
    

Contoh jawapan

1. Seorang ibu sedang duduk di atas sebidang tikar 
    sambil menyediakan hidangan makan tengah hari 
    untuk keluarganya.
2. Seorang ayah duduk bersandar pada sebatang 
    pokok sambil membaca senaskhah surat khabar.
3. Beberapa orang kanak-kanak sedang leka membina 
    istana pasir di pantai dengan gambira.
4. Seorang lelaki dan seorang perempuan bersiar-siar 
    di pantai sambil menikmati pemandangan yang 
    indah.
5. Dua orang budak bermain bola baling di tepi pantai
    sementara menunggu ibunya siap menyediakan 
    makanan.


C. Bina lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat di dalam gambar di bawah ini.



Contoh jawapan

1. Beberapa orang anggota pengakap membersihkan 
    sekeliling khemah dengan menyabit rumput rampai 
    yang tumbuh di situ.
2. Dua orang anggota pengakap sedang menjinjing 
    baldi yang berisi air untuk kegunaan semasa 
    perkhemahan itu berlangsung.
3. Dua orang anggota pengakap lain pula membawa 
    seberkas kayu api untuk dijadikan unggun api dan 
    memasak makanan.
4. Seorang guru penasihat menerangkan sesuatu 
    kepada seorang anggota pengakap dalam aktiviti 
    perkhemahan itu.
5. Empat orang anggota pengakap memasang 
    khemah sebagai tempat mereka berlindung pada 
    waktu malam. 


D. Gambar di bawah menunjukkan suasana di sebuah 
     pusat sumber. Tulis lima ayat yang lengkap 
     tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat di pusat 
     sumber tersebut.



Contoh jawapan

1. Beberapa orang murid sedang memilih buku 
    kegemaran mereka yang terdapat di dalam rak 
    buku.
2. Dua orang murid lelaki asyik berbincang tentang 
    sesuatu yang berkaitan dengan pelajaran di dalam 
    pusat sumber.
3. Seorang murid lelaki berdiri di hadapan kaunter 
    pinjaman buku untuk meminjam buku yang 
    digemarinya.
4. Seorang pustakawan sedang melayani seorang 
    murid lelaki yang hendak meminjam buku dengan 
    mesra.
5. Empat orang pelajar sedang membaca buku yang 
    digemarinya dengan senyap agar tidak 
    mengganggu ketenteraman di pusat sumber. 


E. Bina lima ayat yang lengkap tentang gambar di 
    bawah ini.





















Contoh jawapan

1. Tiga orang pemuda sedang mengutip sampah sarap
    yang bertaburan di sekeliling balai raya lalu  
    memasukkannya ke dalam beg plastik.
2. Seorang lelaki memotong rumput dengan 
    menggunakan sebilah gunting besar manakala 
    rakannya memasukkan rumput yang telah dipotong 
    ke dalam pongkes.
3. Seorang pemuda menanam anak pokok sambil 
    diperhatikan oleh rakannya yang menjinjing sebuah 
    penyiram.
4. Beberapa orang lelaki membetulkan jambatan yang 
    rosak untuk memberi keselesaan kepada penduduk 
    yang menggunakan jambatan tersebut.
5. Seorang pemuda membersihkan longkang supaya
    aliran air tidak tersekat. 



F. Tulis lima ayat yang lengkap tentang cara-cara 
    untuk menjadi murid yang cemerlang.



































Contoh jawapan

1. Kita hendaklah sentiasa menumpukan sepenuh 
    perhatian semasa guru sedang mengajar supaya 
    kita tidak ketinggalan dalam pelajaran.
2. Kita juga boleh mengisi masa lapang dengan 
    mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan 
    kita tentang pelajaran.
3. Murid-murid juga boleh mengunjungi pusat sumber 
    untuk membuat rujukan atau membaca buku 
    pelajaran agar menjadi murid cemerlang.
4. Murid-murid hendaklah bergiat aktif dalam bidang 
    sukan agar otak menjadi cerdas supaya mudah
    menerima palajaran.
5. Kita juga hendaklah membuat ulang kaji pelajaran 
    di rumah mengikut jadual agar lebih memahami 
    pelajaran yang diajarkan oleh guru.

20 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Cara menjadi murid yang cemerlang

    ReplyDelete
  3. Superbbb ini ayat yang gramatis dan ayat yang cemerlang..ini boleh pasti AAAA

    ReplyDelete
  4. Vgshjbdghdb by usjshfgfyhdjd
    Hdjhtdhhfjbfgyfudvgf vdhjfbzjf vdhgfghf vdhjhfgydjd. Gduuttdh. .. Dhdjgd. .gduyfuuydghfiiydhjdj

    ReplyDelete
  5. Vgshjbdghdb by usjshfgfyhdjd
    Hdjhtdhhfjbfgyfudvgf vdhjfbzjf vdhgfghf vdhjhfgydjd. Gduuttdh. .. Dhdjgd. .gduyfuuydghfiiydhjdj

    ReplyDelete
  6. Suasana kelas bimbingan bahasa melayu 5 ayat

    ReplyDelete
  7. wow!tajuk cara-cara untuk menjadi murid cemerlang ada dalam PBD tahun 5 [2020]

    ReplyDelete
  8. Bagus Bina Ayat Ini. Ni adalah bahan yang saya sedang cari...TAHNIAH DAN BAGUS..

    ReplyDelete