LAMAN BLOG INI DIHASILKAN UNTUK MENAMBAHKAN ILMU PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN BAGI PARA MURID YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR. SILA KEMUKAKAN PERTANYAAN, JIKA TERDAPAT SEBARANG MASALAH ATAU KEMUSKILAN PADA RUANGAN KOMEN ATAU ULASAN YANG TERDAPAT PADA BAHAGIAN BAWAH LAMAN BLOG INI. SAYA JUGA MENGALU-ALUKAN SEBARANG CADANGAN UNTUK MENAMBAHBAIKAN ISI KANDUNGAN LAMAN INI. TERIMA KASIH.
Saturday, 27 September 2014
TIPS MENJAWAB SOALAN UPSR KERTAS 1
PENGGUNAAN KATA
TEKNIK MENJAWAB SOALAN
1. Soalan Penggunaan Kata lazimnya dikemukakan
pada soalan 1 hingga soalan 18 dalam UPSR.
2. Penggunaan kata yang dimaksudkan ialah calon
diminta memilih salah satu pilhan jawapan yang
dikemukakan. Yang paling banyak dikemukakan
dalam UPSR ialah kata kerja dan kata adjektif.
3. Antara teknik yang berkesan ialah Teknik Kata
Kunci.
Soalan Perbincangan 1
Nelayan itu .............serawan jala di belakang rumahnya dengan seorang anak lelakinya.
A. menganyam B. menenun
C. menyirat D. memilin
4. Apakah kata kunci yang dapat membantu calon
untuk menjawab soalan ini? Nelayan? Jala?
Rumah?
Untuk makluman calon, kata kuncinya ialah jala,
bukannya yang lain-lain. Lazimnya, kata kunci
berada pada bahagian belakang garisan atau
tempat kosong.
Mengapakah jala dapat dianggap sebagai kata
kunci?
a) Sekiranya calon membuang keterangan predikat
dalam ayat di atas, calon masih dapat menjawab
soalan ini.
Nelayan itu.........serawan jala.
b) Sekiranya calon menggantikan perkataan nelayan
dengan perkataan lain, calon masih dapat
menjawab soalan ini.
Pak Ismail..........serawan jala.
c) Sekiranya calon membuang perkataan serawan
jala, calon tidak lagi dapat menjawab soalan ini.
Nelayan itu.................di belakang rumahnya
dengan anak lelakinya.
5. Selepas kata kunci dikenal pasti, barulah calon
menentukan pilihan jawapannya dengan melihat
pilihan ABCD satu persatu untuk mementukan
kesesuaian dengan serawan jala.
A. menganyam serawan jala
B. menenun serawan jala
C. menyirat serawan jala
D. memilin serawan jala
6. Perkataan menganyam lazimnya digunakan
untuk 'tikar,' menenun pula digunakan untuk
songket, manakala memilin digunakan untuk
'sabut.
Perkataan menyirat bermaksud " membuat jala,
menganyam, menjalin, merajut".
Pilihan jawapan yang paling sesuai untuk soalan
perbincangan di atas ialah menyirat.
Latihan Perbincangan
1. Semua rakyat bersedih kerana tidak menduga bahawa sultan yang berjiwa rakyat itu......... secara tiba-tiba.
A. beradu B. bersantap C. mangkat
D.belasungkawa
2. Apabila melihat mata Puan Salmah......... saya turut berasa sayu atas kejadian malang yang menimpa keluarganya.
A. mereneh B. merengek C. menyala
D. merengket
3. Dia membeli setandan pisang yang masih..........
untuk dijadikan kerepek.
A. ranum B. mentah C. mengkal D. longkah
4. Ibu bapa diingatkan agar tidak terlalu.................
mengejar kemewahan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak.
A. cuai B. gelojoh C. ghairah D. gelabah
5. Rendang ayam kampung yang dimasak oleh Mak Munah ............ kerana api terlalu besar.
A. rapuh B. garing C. hangus D. rentung
6. Karyawan filem itu terpaksa menerima kritikan
................daripada pengulas filem kerana filem terbaharunya itu tidak mencerminkan keharmonian rakyat di negara ini.
A. kuat B. hebat C. sengit D. dahsyat
7. Menurut pihak berkuasa, kapal terbang itu terpaksa
melakukan pendaratan kecemasan..........satu daripada enjinya telah mengalami kerosakan.
A. jika B. kerana C. kecuali D. dengan
8. Ibu menggunakan sejenis cecari khas ................
memastikan pakaian yang dicucinya itu berbau harum.
A. untuk B. kerana C. supaya D. dengan
9. Pihak sekolah bercadang untuk......... jalan masuk
ke sekolah kerana semakin sempit selepas pokok bunga ditanam di sepanjang jalan.
A. melebar B. kelebaran C. pelebaran
D. memperlebar
10. Tindakan .............. akan dikenakan terhadap mana-mana pegawai di jabatan itu yang melanggar peraturan pejabat.
A. tatacara B. tataadab C. tatasusila D. tatatertib
SINONIM
PANDUAN MENJAWAB SOALAN
1. Salah satu teknik yang dapat digunakan ialah Teknik Tukar Ganti. Teknik ini mudah untuk dilakukan kerana calon hanya perlu menggantikan perkataan yang dipilih dengan kata yang bergaris. Kemudian calon perlu membaca keseluruhan ayat itu semula. Sekiranya maksud ayat tersebut sama, maka pilihan jawapan tersebut betul.
Soalan Perbincangan
Walaupun dia memiliki harta yang banyak, namun sifat bakhil yang ada padanya tidak disenangi oleh penduduk setempat.
Perkataan seerti bagi perkataan bakhil ialah
A. lokek B. tamak C. hasad D. angkuh
2. Pertama sekali, calon membaca keseluruhan ayat yang diberikan. Berikan fokus pada perkataan yang bergaris, iaitu bakhil. Sekiranya calon memang mengetahui maksud bakhil, tidaklah menjadi masalah untuk menentukan perkataan yang seerti dengannya.
Namun begitu, bagi memastikan jawapan yang dipilih itu benar-benar tepat dan sesuai, calon dinasihati agar meletakkan setiap pilihan jawapan ABCD pada tempat bergaris itu. Selepas itu, calon perlu membaca keseluruhan ayat itu semula dan calon akan dapat mengenal pasti sama ada maksud ayat setelah ditukar ganti itu sama ataupun tidak sama. Perhatikan langkah kedua di bawah.
a) Walaupun dia memiliki harta yang banyak, namun
sifat lokek yang ada padanya tidak disenangi oleh
penduduk setempat.
b) Walaupun dia memiliki harta yang banyak, namun
sifat tamak yang ada padanya tidak disenangi oleh
penduduk setempat.
c) Walaupun dia memiliki harta yang banyak, namun
sifat hasad yang ada padanya tidak disenangi oleh
penduduk setempat.
d) Walaupun dia memiliki harta yang banyak, namu
sifat angkuh yang ada padanya tidak disenangi
oleh penduduk setempat.
3. Berdasarkan keempat-empat ayat di atas (a-d), ayat yang manakah mempunyai maksud yang sama dengan ayat soalan? Perkataan manakah yang paling sesuai digantikan dengan perkataan bakhil? Adakah lokek, tamak, hasadatau angkuh? Sudah pasti (a) yang paling sesuai dan bersamaan maksudnya, iaitu lokek kerana bakhil dan lokek itu membawa maksud
"kedekut dan kikir". Perkataan tamak, hasad dan angkuh tidak bersamaan maksud dan maknanya dengan bakhil.Soalan perbincangan ini,jawapannya A.
Latihan perbincangan
1. Ustaz Elias mengingatkan murid-muridnya agar tidak memendam perasaan marah yang keterlaluan.
Perkataan seerti bagi memendam ialah
A. menaruh B. mengawas C. membasmi
D. membendung
2. Cikgu Napsiah runsing kerana memikirkan masalah anak muridnya malas membaca.
A. risau B. bosan C. kecewa D. segan
3. Bola raga yang disepak oleh Tun Ali terkena tengkolok Tun Muhamad.
A. destar B. topi C. samping D. songkok
4. Ayah menuntun tangan adik ketika hendak melintas
jalan raya.
A. menarik B. memimpin C. menolak D. memapah
5. Mohd Nor membidas setiausaha persatuan itu yang tidak mahu mendengar pandangan ahli jawatankuasa
yang lain.
A. menghentam B. menentang C. mengkritik
D. mengecam
ANTONIM
PANDUAN MENJAWAB SOALAN
1. Salah satu teknik yang dapat digunakan ialah Teknik Tidak. Melalui teknik ini, calon perlu meletakkan perkataan tidak pada hadapan yang bergaris itu.
Soalan Perbincangan
Budak yang kuat makan itu sangat gempal.
Perkataan berlawanan bagi gempal ialah
A. padat B. kurus C. gemuk D. uzur
2. Bagi soalan perbincangan di atas, perkataan yang bergaris ialah gempal. Melalui Teknik Tidak, calon perlu meletakkan perkataan tidak di hadapan kata gempal. Frasa yang terhasil ialah tidak gempal.
Frasa tidak gempal membawa maksud "tidak gemuk, tidak padat atau bertubuh kurus". Oleh sebab itu jawapannya ialah B iaitu kurus. Perkataan kurus bererti tidak gempal.
Latihan Perbincangan
1. Rakyat di negara ini dinasihati agar berjimat cermat ketika berlaku ekonomi negara dalam keadaan yang lembab ini.
Pilih perkataan bagi lembab
A. kuat B. pesat C. cekap D. pantas
2. Pemuda itu semakin mendekatkan dirinya kepada Tuhan setelah melakukan pelbagai kesilapan.
A. melarikan B. menjauhkan C. melapangkan
D. mengasingkan
3. Raja Indraputera menitahkan adinda baginda mengetuai bala tentera ke medan perang.
A. nenda B. cucunda C. anakanda D. kakanda
4. Tarikh akhir penyerahan borang penyertaan lawatan itu tidak akan dilanjutkan lagi.
A. pemberian B. pendapatan C. pengambilan
D. penyimpanan
5.Penyakit yang dihidapi oleh datuknya semakin tenat.
A. kebah B. senang C. menurun D. tenang
KATA BANYAK MAKNA
PANDUAN MENJAWAB SOALAN
1. Teknik Ambil Buang merupakan cara yang dapat dimanfaatkan oleh calon untuk menentukan jawapan dengan lebih pantas dan tepat. Yang dimaksudkan dengan Ambil dan Buang ialah:
a) Bagi ayat yang diyakini betul oleh calon apabila dibaca, maka calon hendaklah menandakan tanda (/)
pada ayat tersebut.
b) Bagi ayat yang diyakini salah, oleh calon apabila dibaca, maka calon hendaklah menandakan tanda (X)
pada ayat tersebut.
c) Selepas setiap ayat ditandakan sama ada (/) atau
(X), calon perlu melihat jawapan ABCD yang diberikan. Bagi ayat yang ditanda (/), calon hendaklah mengambilnya sebagai jawapan. Bagi ayat yang ditanda (X), calon perlu membuangnya daripada jawapan pilihan.
d) Kemudian, calon dapat menentukan pilihan jawapan ABCD dengan lebih mudah lantaran ada pilihan yang telah dibuang atau disingkirkan terlebih
dahulu.
e) Ringkasnya, ayat yang betul hendaklah diambil, manakala ayat yang salah hendaklah dibuang daripada pilihan jawapan.
AYAT SAMA MAKSUD
PANDUAN MENJAWAB SOALAN
Soalan Perbincangan
Pementasan teater itu akan diadakan di Istana Budaya bersempena dengan program kesenian
kebangsaan.
A. Bersempena dengan program kesenian kebangsaan
pementasan teater telah diadakan di Istana
Budaya.
B. Istana Budaya akan mengadakan pementasan
teater itu bersempena dengan program kesenian
kebangsaan.
C. Bersempena dengan program kesenian
kebangsaan, akan berlangsung pementasan teater
itu di Istana Budaya.
D. Istana Budaya akan mengadakan pementasan
teater itu untuk memeriahkan sambutan program
kesenian kebangsaan.
1. Salah satu teknik yang paling sesuai untuk dimanfatkan dalam soalan jenis ini ialah Teknik Penggal Ayat.
2. Teknik ini dimanfaatkan untuk memastikan dua aspek penting untuk menentukan jawapan yang betul berlaku iaitu:
a) maklumat yang penting tidak tertinggal
b) maklumat yang tidak ada tidak dimasukkan
3. Cara untuk memanfaatkan teknik ini adalah dengan memenggalkan ayat kepada frasa-frasa.
Sebagai contoh, perhatikan soalan perbincangan ini.
Pementasan teater itu / akan diadakan di Istana Budaya / bersempena dengan program kesenian kebangsaan.
Ayat ini, selepas dipenggalkan akan menjadi tiga
bahagian frasa, iaitu:
a) Pementasan teater itu
b) akan diadakan di Istana Budaya
c) bersempena dengan program kesenian
kebangsaan
4. Calon mestilah memastikan jawapan yang dipilih mengandungi tiga bahagian tersebut. Sekiranya salah satu bahagian tidak ada, maka ayat yang dipilih tidak lengkap dan tentulah ayat tersebut tidak mempunyai maksud yang sama.
Bersempena dengan program kesenian kebangsaan, pementasan teater itu akan diadakan. ( tidak ada " di Istana Budaya")
5. Sekiranya jawapan yang dipilih mengandungi bahagian tambahan yang tidak dinyatakan dalam ayat soalan, maka ayat yang dipilih itu turut tidak memiliki maksud yang sama, contohnya:
Di Istana Budaya, pementasan teater itu akan diadakan bersempena dengan program kesenian dan kebudayaan kebangsaan. ( tambahan maklumat yang tidak ada, iaitu "....dan kebudayaan")
6. Berpandukan pemenggalan yang dilakukan, calon akan dapat menghasilkan beberapa ayat yang mempunyai maksud yang sama iaitu:
a) Akan diadakan di Istana Budaya bersempena
dengan program kesenian kebangsaan
pementasan teater itu.
b) Akan diadakan di Istana Budaya pementasan
teater itu bersempena dengan program kesenian
kebangsaan.
c) Bersempena dengan program kesenian
kebangsaan, akan diadakan di Istana Budaya
pementasan teater itu.
d) Bersempena dengan program kesenian
kebangsaan, pementasan teater itu akan diadakan
di Istana Budaya.
Latihan Perbincangan
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
1. Pihak pemaju perumahan / digesa agar membina
lebih banyak rumah mampu milik / untuk keperluan golengan berpendapatan rendah.
A. Golongan berpendapatan rendah sentiasa
mengharapkan pemaju perumahan membina
rumah mampu milik lebih banyak.
B. Golongan berpendapatan rendah memerlukan
rumah mampu milik yang banyak dibina oleh
pihak pemaju perumahan.
C. Rumah mampu milik hendaklah didirikan oleh
pemaju perumahan kerana diperlukan oleh
golongan berpendapatan rendah.
D. Demi kepentingan golongan berpendapatan
rendah, pemaju perumahan diminta supaya
banyak mendirikan rumah mampu milik.
2. Penggunaan komputer / lebih banyak membawa kesan positif / daripada kesan negatif / kepada manusia.
A. Dengan penggunaan komputer yang banyak,
manusia menerima kesan positif dan kesan
negatif.
B. Manusia menerima kesan positif yang
banyak daripada kesan negatif dalam
penggunaan komputer.
C. Penggunaan komputer menyebabkan manusia
menerima kesan positif dan juga kesan negatif
yang banyak.
D. Lebih banyak manusia menerima kesan positif
daripada kesan negatif apabila menggunakan
Subscribe to:
Posts (Atom)