Wednesday 15 October 2014



KESALAHAN UMUM TATABAHASA


KATA GANTI NAMA DIRI

Kesalahan Dalam Penggunaan Kata Ganti Nama Diri

1. Kata dia dan ia tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang.
    
    (a) Perabot itu sangat mahal. Ia diperbuat daripada kayu jati. ( salah )
          Perabot itu sangat mahal. Perabot itu diperbuat daripada kayu jati. ( betul )
    (b) Kucing saya sakit.  Ia perlu dirawat. ( salah )
          Kucing saya sakit.  Kucing saya perlu dirawat. ( betul )

2. Kata beliau tidak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau kanak-kanak dan      
    binatang. Contohnya:                                                                  
    (a) Mansor mencuri. Beliau dihukum oleh guru disiplin. ( salah )
          Mansor mencuri. Dia dihukum oleh guru disiplin. ( betul )
    (b) Anjing itu garang. Beliau terpaksa dikurung. (salah )
          Anjing itu garang. Anjing itu terpaksa dikurung. (betul )

3. Kata mereka tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang. Contohnya:
    (a) Lembu-lembu itu diikat. Mereka akan disembelih. ( salah )
          Lembu-lembu itu diikat. Lembu-lembu itu akan disembelih. (betul )
    (b) Novel-novel itu tebal. Mereka sudah dibaca oleh Puan Rani. ( salah )
          Novel-novel itu tebal. Novel-novel itu sudah dibaca oleh Puan Rani. ( betul )

4. Kata mereka tidak boleh diulang. Contohnya:
    (a) Mereka-mereka ialah murid sekolah ini. ( salah )
          Mereka ialah murid sekolah ini. ( betul )
    
5. Kata ianya tidak boleh digabungkan. Contohnya:
    (a) Sekiranya tidak dirawat, ianya akan mati. ( salah )
          Sekiranya tidak dirawat, ia/dia akan mati. ( betul )
    (b) Adik menangis kerana ianya dipukul ibu. ( salah )
          Adik menangis kerana dipukul ibu. ( betul )


Kesalahan Frasa Kerja Pasif Dengan Kata Ganti Nama Diri 
                         Pertama Dan Kedua
B

     1. Baju melayu itu dijahit olehku. ( salah )
         Baju melayu itu kujahit. ( betul )
     2. Kain-kain yang kotor itu dicuci oleh saya. ( salah )
         Kain-kain yang kotor itu saya cuci. ( betul )
     3. Soalan ini hendaklah dijawab oleh anda. ( salah )
         Soalan ini hendaklah anda jawab. ( betul )
     4. Lukisan ini dihasilkan oleh kamu? ( salah )
         Lukisan ini kamu hasilkan ? ( betul )
     5. Buku ini saya belum baca. ( salah )
         Buku ini belum saya baca. ( betul )
     6. Sampah-sampah ini kamu mesti buang. ( salah )
         Sampah-sampah ini mesti kamu buang. ( betul )


KKesalahan Frasa Kerja Pasif Dengan Kata Ganti Nama Diri 
                                     Ketiga


    1. Ikan ini kakak goreng. ( salah )
        Ikan ini digoreng oleh kakak. ( betul )
    2. Kuih-muih di atas meja itu mereka makan. (salah )
        kuih-muih di atas meja itu dimakan oleh mereka. ( betul )
    3. Meja itu dia lap. ( salah )
        Meja itu dilap olehnya. (betul )




DURIAN BELANDA







RUMUS BAHASA   

   1. dimakan oleh saya ( x )
       saya makan ( / )

   2. dibaca oleh kamu ( x )
        kamu baca ( / )

   3. dikarang  oleh kami ( x )
        kami karang ( / )

   4. disiram oleh kita ( x )
       kita siram ( / )

   5. dirasmikan oleh beta ( x )
       beta rasmikan ( / ) 

   6. dilukis oleh aku ( x )
       aku lukis ( / )

   7. dipersembahkan oleh patik ( x )
       patik persembahkan ( / )

   8. dibunuh oleh hamba ( x )
       hamba bunuh ( / )

   9. disampaikan oleh anda ( x )
       anda sampaikan ( / )

  10. diambil oleh kalian ( x )
        kalian ambil ( / )

  11. menyuruh daku datang ( x )
        menyuruh aku datang ( / )

  12. mereka makan   ( x )
        dimakan oleh mereka ( / )

  13. Sarimah tolong   ( x )
        ditolong oleh Sarimah   ( / )

  14. Guru Besar sekolah saya umumkan ( x )
        diumumkan oleh Guru Besar sekolah saya  ( / )

  15. beliau telah sampaikan ( x )
        telah disampaikan oleh beliau ( / )

  16. jangan tinggal daku  ( x )
        jangan tinggalkan daku ( / )


PERHATIAN
Bentuk frasa kerja pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua merupakan bentuk terikat. Oleh sebab itu, kata-kata lain tidak boleh disisipkan di antara kata ganti nama diri dengan kata kerja pasif.

Elakkan penggunaan kata aku apabila bercakap dengan:
(a) seseorang yang dihormati
(b) seseorang yang lebih tua umurnya
(c) seseorang yang belum mesra dengan kita

Kata ganti nama diri kedua ( kecuali tuanku ) tidak boleh digunakan untuk orang yang di
hormati atau orang yang lebih tua umurnya. Oleh itu, gunakanlah:
(a) kata panggilan menurut pangkat kekeluargaan seperti pak cik, mak cik, abang, kakak,
      dan sebagainya.
(b) nama gelarnya atau pangkat seperti Encik, Datuk, Tan Sri, Tuan Haji, Cikgu, dan 
      sebagainya.


CONTOH SOALAN UPSR

1. "Titah tuanku akan...............laksanakan dengan segera,"
    kata Hang Tuah kepada sultan.
    A. aku           B. beta          C. saya          D. patik

2. "Tuan Farid akan memberi cuti khas kepada para pekerja   
    kerana.........telah berjaya memajukan syarikat ini,"  
    beritahu kerani itu kepada rakannya.
    A. dia         B. kalian          C. beliau        D. mereka

3. Jalal dan Ramli telah pun mendaftar untuk menyertai 
    pertandingan melukis. ............dikehendaki membawa      
    peralatan melukis sendiri.
    A. Kita        B. Kami         C. Kalian         D. Mereka

4. "...........ni adik-beradik. Janganlah asyik bertengkar,"
    nasihat Mak Minah kepada anak-anaknya.
    A. Kalian        B. Dia        C. Kamu         D. Kita

5. Imran sentiasa memimpin tangan adiknya untuk melintas  
    jalan ketika .......... ke sekolah.
    A. kami        B. mereka       C. kalian       D. kita





                               Foto : Cikgu Rashid   Jun 2014 

                             Deruan air terjun cukup menghiburkan dan menenangkan jiwa.                                     


B. KATA BILANGAN

 Kesalahan Dalam Penggunaan Kata Bilangan

    1. Setengah ibu bapa tidak mengambil berat terhadap pelajaran anak mereka. ( salah )
        Sesetengah / setengah-setengah ibu bapa tidak mengambil berat terhadap     
         pelajaran anak mereka. ( betul )

    2. Mak Minah menjual berbagai jenis kuih. ( salah )
        Mak Minah menjual pelbagai / berbagai-bagai jenis kuih. ( betul )

    3. Tiap murid diwajibkan mematuhi peraturan sekolah. ( salah )
        Setiap / Tiap-tiap murid diwajibkan mematuhi peraturan sekolah. ( betul )

    4. Saya sudah berada di sini selama satu setengah jam. ( salah )
        Saya sudah berada di sini selama satu jam setengah. ( betul )

    5. Para-para pelajar mestilah rajin belajar. ( salah )
        Para pelajar mestilah rajin belajar. ( betul )

    6. Kedua anak Pak Bidin belajar di universiti. ( salah )
        Kedua-dua orang anak Pak Bidin belajar di universiti. ( betul )

    7.  Tiga kereta terlibat dalam kemalangan itu. ( salah )
         Tiga buah kereta terlibat dalam kemalanagan itu. ( betul )

    8. Beberapa murid-murid sedang membaca buku di perpustakaan. ( salah )
        Beberapa orang murid sedang membaca buku di perpustakaan. ( betul )

    9. Semua pelajar-pelajar dikehendaki berkumpul di dewan. ( salah )
        Semua pelajar dikehendaki berkumpul di dewan. ( betul )

  10. Ayah membeli tiga durian di pasar malam. ( salah )
        Ayah membeli tiga biji durian di pasar malam. ( betul )

 11. Banyak kanak menyertai pertandingan lukisan itu. ( x )
       Banyak kanak-kanak menyertai pertandingan lukisan itu ( / )

 12. Tiga ekor rama-rama hinggap di atas pokok bunga itu ( / )

 13. Semua layang-layang kepunyaan adik saya berwarna biru ( / )

PERHATIAN
(a) Terdapat beberapa kata bilangan yang tidak boleh disingkatkan sewenang-wenangnya.
      Misalnya, 
      (a) berbagai-bagai         =    pelbagai      ( / )        berbagai ( x )
      (b) setengah-setengah   =    sesetengah ( / )        setengah ( x )  tidak sama maksud
      (c) tiap-tiap                      =    setiap           ( / )        tiap          ( x )
      (d) berbulan-bulan                                                    berbulan  ( x )





BUAH MENGKUDU






RUMUS BAHASA     

Kata Bilangan Tidak Tentu
1. para orang guru ( x )
     para guru ( / )

2. para-para guru ( x )
     para guru ( / )

3. semua orang pekerja ( x )
    semua pekerja ( /  )

4. seluruh buah negeri ( x )
    seluruh negeri ( / )

5. sekalian orang pekerja ( x ) 
    sekalian pekerja ( / )

6. setengah-setengah orang ibu bapa ( x )
    setengah-setengah ibu bapa ( / )

7. setiap orang pelajar  ( x )
    setiap / tiap-tiap pelajar ( / )

8. kebanyakan rumah-rumah ( x )
    kebanyakan rumah ( / )

9. beberapa pokok ( x )
    beberapa batang pokok ( / )

10. banyak kanak ( x )
      banyak kanak-kanak ( / )



PERHATIAN
Kata bilangan tidak tentu seperti para, semua, seluruh, sekalian, setengah-setengah, masing-masing, dan sebagainya tidak boleh diikuti oleh penjodoh bilangan kecuali kata bilangan'beberapa' .


Kata Bilangan Tentu 
1. tiga budak lelaki ( x ) 
    tiga orang budak lelaki ( / )
    
2. dua puluh lembu ( x )

    dua puluh ekor lembu ( / )

3. lima ribu rumah ( x )
    lima ribu buah rumah ( /)

4. dua buah pendapat ( x )
    dua pendapat ( / )

5. tiga buah kenangan manis ( x )
    tiga kenangan manis ( / )


PERHATIAN
Kata bilangan tentu seperti, tiga, dua puluh, lima ribu, sejuta dan, seterusnya memerlukanpenjodoh bilangan di hadapan kata nama kecuali kata nama abstrak.

Kata Bilangan Pisahan
1. tiap pagi ( x )
    setiap / tiap- tiap pagi ( / )

2. setiap orang wanita ( x )
    setiap wanita ( / )

3. tiap-tiap / setiap buah rumah ( x )
    tiap-tiap / setiap rumah ( / )

4. masing-masing orang pelajar ( x )
    masing-masing pelajar ( / )

PERHATIAN
Kata bilangan pisahan tidak boleh diikuti oleh penjodoh bilangan kerana tidak dapat diketahui jumlahnya.


Kesalahan-kesalahan lain
1. tiga orang guru-guru ( x )
    tiga orang guru ( / )

2. setiap pelanggan-pelanggan ( x )
    setiap pelanggan ( / )

3. ribuan peminat-peminat ( x )
    ribuan peminat ( / )

4. seluruh daerah-daerah ( x )
    seluruh daerah ( / )

5. semua pelajar-pelajar ( x )
    semua pelajar ( / )

6. segala persiapan-persiapan ( x )
    segala persiapan ( / )

7. para guru-guru ( x )
    para guru ( / )

8. ketiga-tiga pesalah ( x )
    ketiga-tiga orang pesalah ( / )

9. dua pertiga kek itu ( x )
    dua pertiga daripada kek itu ( / )

CONTOH SOALAN UPSR

1. Dalam perjalanan dari Ipoh ke Tanah Tinggi Cameron,
    .................murid pening dan muntah-muntah.
    A. setiap      B. segala      C. setengah     D. segelintir

2. Hampir .........jam Puan Maharani dan anak bongsunya
    menunggu bas pada pagi itu.
    A. setiap     B. seluruh     C. setengah    d. sebahagian

3. "Beras yang ada di dalam ketupat ini kira-kira tiga.........
    penuh," kata kakak.
    A. suku      B. semua     C. separuh     D. setengah

4. ..........orang murid telah didenda oleh guru disiplin kerana
    ponteng sekolah.
    A. Semua    B. Separuh     C. Beberapa     D. Pelbagai

5. ...........daripada penduduk kampung nelayan yang  
    mengalami kerosakan rumah semasa kejadian ribut itu
    telah pun diberikan bantuan oleh pihak kerajaan.
    A. Semua   B. Seluruh   C. Beberapa    D. Sebahagian  




                                KEINDAHAN YANG MENDAMAIKAN JIWA                                


C. KATA SENDI NAMA


Kesalahan Dalam Penggunaan Kata Sendi nama

1. Ramli berjalan kaki daripada Taman Johor Jaya ke Skudai. ( salah )
    Ramli berjalan kaki dari Taman Johor Jaya ke Skudai. ( betul )

2. Ibu telah menerima surat dari kakak. ( salah )
    Ibu telah menerima surat daripada kakak. ( betul )

3. Kereta itu lebih besar dari kereta ini. ( salah )
    Kereta itu lebih besar daripada kereta ini. ( betul )

4. Saya menunggu Kamal daripada pukul dua petang. ( salah )
    Saya menunggu Kamal dari pukul dua petang. ( betul )

5. Perabot ini diperbuat dari kayu jati. ( salah )
    Perabot ini diperbuat daripada kayu jati. ( betul )

6. Persatuan Bahasa Melayu terdiri dari pelajar sekolah ini. ( salah )
    Persatuan Bahasa Melayu terdiri daripada pelajar sekolah ini . ( betul )

7. Perlawanan bola sepak dibatalkan oleh kerana hujan lebat. ( salah )       
    Perlawanan bola sepak dibatalkan oleh sebab / kerana hujan lebat. ( / ) 

8. Para pelancong itu amat tertarik dengan keindahan pemandangan di situ. ( salah )
    Para pelancong itu amat tertarik oleh keindahan pemandangan di situ. ( betul )

9. Kaya disapukan di roti. ( salah )
    Kaya disapukan pada roti. ( betul )

10. Buku itu ada dengan Cikgu Rashid. ( salah )
       Buku itu ada pada Cikgu Rashid. ( betul )













RUMUS BAHASA

1. pergi kepada pasar ( x )
    pergi ke pasar ( / )

2. diserahkan ke pegawai ( x )

    diserahkan kepada pegawai ( / )

3. dari semasa ke masa ( x )

    dari masa ke semasa ( x ) 
    dari semasa ke semasa ( / )
    dari masa ke masa ( / )

4. dipulangkan ke pustakawan ( x )

    dipulangkan kepada pustakawan ( / )

5. di hari itu ( x )

    pada hari itu ( / )

6. dalam pendapat saya ( x )

    pada pendapat saya ( / )

7. sayangkan adik ( x )

    sayang akan adik ( / )

8. bertemu kawan lama ( x )

    bertemu dengan kawan lama ( / )

9. lalu jalan itu ( x )

    lalu di jalan itu ( / )

10. balik kampung ( x )

      balik ke kampung ( / )

11. pergi pejabat ( x )

      pergi ke pejabat ( / )

12. menoleh ke kanan dan kiri ( x )

      menoleh ke kanan dan ke kiri ( / )

13. dari rakannya di Melaka ( x )

      daripada rakannya di Melaka ( / )

14. di zaman lampau ( x )

      pada zaman lampau ( / )

15. dari pagi hingga ke petang ( x )

      dari pagi hingga petang ( / )

16. berbual mengenai tugasan ( x )

      berbual tentang tuigasan ( / )

17. bencikan sikapnya ( x )

      benci akan sikapnya ( / )

18. sejak dari kecil lagi ( x )

      sejak kecil lagi ( / )

19. semenjak dari dua hari yang lalu ( x )

      semenjak dua hari yang lalu (/ )

20. berasal daripada Kedah ( x )

      berasal dari Kedah ( / )

21.  meletakkan buku dalam almari ( x )

       meletakkan buku di dalam almari ( / )

22. terletak antara balai raya dan balai polis ( x )

      terletak di antara balai raya dengan balai polis ( / )

23. terlibat di dalam kemalangan ( x )

      terlibat dalam kemalangan ( / )

24. berbincang di antara mereka berdua ( x )

      berbincang antara mereka berdua ( / )

25. bertutur di dalam bahasa kebangsaan ( x )

      bertutur dalam bahasa kebangsaan ( / )

26. dibincangkan di dalam mesyuarat ( x )

      dibincangkan dalam mesyuarat ( /)

27. bersatu padu demi untuk kesetabilan negara ( x )

      bersatu padu demi kesetabilan negara ( / )

28. suhu meningkat dari 35 darjah C ke 40 darjah C ( x )

      suhu meningkat daripada 35 darjah C kepada 40 darjah 
      C ( / )

29. daripada batang kepada dahan ( x )

      dari batang ke dahan ( / )

30. daripada sebuah rumah kepada sebuah rumah ( x )

      dari sebuah rumah ke sebuah rumah ( / )

31. diberikan ke kucing ( x )

      diberikan kepada kucing ( / )

32. meningkat ke RM 5.00 sekilogram ( x )

      meningkat kepada RM 5.00 sekilogram ( / )

33. berbeza dari perangai abangnya ( x )

      berbeza daripada perangai abangnya ( / )

34. baru pulang daripada pekan ( x )

      baru pulang dari pekan ( / )

35. angin bertiup daripada arah utara ( x )

      angin bertiup dari arah utara ( / )

36. daripada segi moral ( x )

      dari segi moral ( / )

37. di dalam dan luar negara ( x )

      di dalam dan di luar negara ( / )

38. bukan untuk adik tetapi abang ( x )

      bukan untuk adik tetapi untuk abang ( / )

39. ke atas dan bawah ( x )

      ke atas dan ke bawah ( / )

40. di ketika itu ( x )

      pada ketika itu ( / )

41. jika sekiranya ( x )

      jika atau sekiranya ( / )

42. hingga ke ( x )

      hingga atau ke ( / )

43. demi untuk ( x )

      demi atau untuk ( / )

44. tertarik dengan puisi ciptaannya ( x )
      tertarik oleh puisi ciptaannya ( / )

45. tidak terangkat oleh meja yang berat itu ( x )
      tidak terangkat akan meja yang berat itu ( / )

46. terpengaruh dengan budaya barat ( x )
      terpengaruh oleh budaya barat ( / )

47. terpikat dengan gadis yang cantik itu ( x )
      terpikat oleh gadis yang cantik itu ( / )


CONTOH SOALAN UPSR

1. Ramu menendang bola itu.................arah penjuru kanan
    padang.
    A. dari       B. kepada      C. dengan      D. daripada

2. Puan Fatimah bersetuju ............ harga buah durian yang
    ditawarkan oleh penjual itu.
    A. pada       B. dengan      C. kepada      D. daripada

3. Setelah dicelupkan ke dalam minyak wangi tersebut, 
    cebisan kertas itu bertukar............ warna putih..............
    warna biru.
    A. dari....daripada                     B. dari.....kepada 
    C. daripada........ke                   D. daripada........kepada

4. Mereka sedang berbincang.........kenaikan harga barang-
    barang keperluan harian.
    A. akan         B. sejak      C. terhadap       D. tentang

5. Buku yang tebal itu ada........... saya.
    A. kepada       B. pada        C. dengan     D. daripada

6. Cuaca pada hari ini dijangka lebih buruk............semalam.
    A. dari        B. daripada       C. pada        D. dengan

7. Para penonton yang berada di dewan amat tertarik..........
    aksi pelawak yang lucu itu.
    A. dengan        B. kepada       C. oleh           D. akan  




                                kucing kesayanganku: Daripada raut wajahmu yang comel tercipta
                                                                       suatu ketenangan terukir dalam jiwa setiap 
                                                                        insan yang menatapnya.

D. KATA KERJA

Kesalahan Dalam Penggunaan Kata Kerja


1. Orang itu senyum kepada saya. ( salah )
    Orang itu tersenyum kepada saya. ( betul )

2. Wanita itu lecur. ( salah )
    Wanita itu melecur. ( betul )

3. Mereka mesti cari jalan keluar untuk menyelesaikan masalah itu. ( salah )
    Mereka mesti mencari jalan keluar untuk menyelesaikan masalah itu. ( betul )

4. Pengemis itu tidur beralaskan dengan tikar. ( salah )
    Pengemis itu tidur beralaskan tikar. ( betul )

5. Projek itu harus disiapkan oleh kamu. ( salah )
    Projek itu harus kamu siapkan. ( betul )

6. Orang tua itu mereka bantu. ( salah )
    Orang tua itu dibantu oleh mereka. ( betul )

7. Lukisan itu dilukis oleh saya. ( salah )
    Lukisan itu saya lukis. ( betul )

8. Wang itu patut Nadia simpan. ( salah )
    Wang itu patut disimpan oleh Nadia. ( betul )

9. Soalan itu mereka fahami. ( salah )
    Soalan itu difahami oleh mereka. ( betul )

10. Tugasan itu dilakukan oleh kami. ( salah )
      Tugasan itu kami lakukan. ( betul )



















RUMUS BAHASA 

Jika kata dasar dapat menerima apitan meN......kan dan  

meN.......i    maka,

(a) men......kan = objek tidak bernyawa = kepada = objek   
     bernyawa
(b) men......i      = objek bernyawa = objek tidak bernyawa
     Contohnya;
 (i) menghadiahkan sebuah basikal kepada adik ( / )
 (ii) menghadiahi adik sebuah basikal ( / )


1. menghadiahi sebuah basikal kepada Ramli ( salah )
    menghadiahi Ramli sebuah basikal ( betul )
    menghadiahkan sebuah basikal kepada Ramli ( betul )

2. membekali sebungkus nasi lemak kepada adik ( salah )
    membekali adik sebungkus nasi lemak ( betul )
    membekalkan sebungkus nasi lemak kepada adik ( betul 

3. menghidangkan tetamu bubur nasi ( salah )
    menghidangkan bubur nasi kepada tetamu ( betul  )
    menghidangi tetamu bubur nasi ( betul )

4. menganugerahi bintang kebesaran kepada panglima itu   
    ( salah )
    menganugerahi panglima itu bintang kebesaran ( betul )
    menganugerahkan bintang kebesaran kepada panglima 
    itu ( betul )

5. mengurniai sepasang persalinan kepada pahlawan itu ( 
    ( salah )
    mengurniai pahlawan itu sepasang persalinan ( betul )
    mengurniakan sepasang persalinan kepada pahlawan itu
    ( betul )
   
6. menjatuhkan pesalah itu hukuman mati ( salah )
    menjatuhkan hukuman mati kepada pesalah itu ( betul )
    menjatuhi pesalah itu hukuman mati ( betul )

7. Ayah menghadiahkan adik sebatang pen. ( salah )
    Ayah menghadiahi adik sebatang pen. ( betul )

8. Adik dihadiahi oleh ayah sebatang pen. ( salah )
    Adik dihadiahi sebatang pen oleh ayah. ( betul )

9. Adik dihadiahkan sebatang pen oleh ayah. ( salah )
    Adik dihadiahkan oleh ayah sebatang pen. ( betul )

10. Sebatang pen dihadiahi oleh ayah kepada adik. ( salah )
      Sebatang     pen     dihadiahkan     oleh       ayah
      kepada adik. ( betul )


     Jika kata dasar dapat menerima apitan meN.....kan dan  
     meN.....   maka,
(a) meN....kan = objek bernyawa = objek tidak bernyawa         
(b) meN.....      = objek tidak bernyawa = untuk = objek 
     bernyawa
     Contohnya;
(i)  menjahitkan ayah sepasang baju ( / )
(ii) menjahit sepasang baju untuk ayah ( / )
  
 7. memberikan saya pendapat yang bernas ( salah )
     memberi saya pendapat yang bernas ( betul )
     memberikan pendapat yang bernas kepada saya ( betul )

8. membelikan seutas jam tangan untuk ayah ( salah )
    membeli seutas jam tangan untuk ayah ( betul )
    membelikan ayah seutas jam tangan ( betul )

9. membuatkan secawan kopi untuk ayah ( salah )
    membuatkan ayah secawan kopi ( betul )
    membuat secawan kopi untuk ayah ( betul )
    
10. membacakan surat untuk nenek ( salah )
      membaca surat untuk nenek ( betul )
      membacakan nenek surat ( betul  )


KATA-KATA KERJA LAIN

1. mengisi buah durian ke dalam bakul ( salah )
    mengisi bakul dengan buah durian ( betul )
    mengisikan buah durian ke dalam bakul ( betul )

2. mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid-murid tahun enam ( salah )
    mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid-murid tahun enam ( betul )
    mengajar murid-murid tahun enam mata pelajaran Bahasa Melayu ( betul )

3. gincu memerahkan bibir Suzi ( salah )
    gincu memerahi bibir Suzi ( betul )
    Suzi memerahkan bibirnya dengan gincu. ( betul )

4. air mata membasahkan pipi ( salah )
    air mata membasahi pipi ( betul )
    Siti membasahkan rambutnya dengan air perigi. ( betul )

5. Banjir besar telah menenggelamkan rumah di kawasan tanah rendah. ( salah )
    Banjir besar telah menenggelami rumah di kawasan tanah rendah. ( betul )
    Adik menenggelamkan kapal mainannya ke dalam kolam ( betul )

6. Rahim memperisterikan Rahimah. ( salah )
    Rahim memperisteri Rahimah. ( betul )
    Ibu memperisterikan Rahim dengan Rahimah. ( betul )

7. Rahimah mempersuamikan Rahim. ( salah )
    Rahimah mempersuami Rahim. ( betul )
    Ibu mempersuamikan Rahimah dengan Rahim. ( betul )


CONTOH SOALAN UPSR

1. Norhayati baru sahaja ...........pengajian dalam bidang
    perubatan di Universiti Malaya.
    A. mengakhiri     B. menyiapkan    C. menamatkan
    D. menyempurnakan

2. Kakitangan Majlis Perbandaran Pasir Gudang sedang 
    bergotong-royong ............... taman bersempena dengan 
    sambutan Hari Kemerdekan.
    A. diindahkan     B. pengindahan     C. memperindah
    D. memperindahkan

3. Penyemaian budaya hemah tinggi perlu ditingkatkan
    bagi ..........rakyat yang berbudi bahasa.
    A. mencipta   B. membentuk   C. mewujudkan
    D. menghasilkan

4. Pertandingan reka cipta yang diadakan itu dijangka dapat
    .............bakat-bakat baharu.
    A. melatih   B. memupuk   C. mengasah   D. mencungkil

5. Murid-murid yang menduduki peperiksaan itu sedang
    ................otak untuk menjawab soalan-soalan ujian.
    A. memeras   B. menajam   C. memecah   D. menekan







                               Foto: Cikgu Rashid  Jun 2014 


E. KATA HUBUNG     

kesalahan Dalam Penggunaan Kata Hubung

1. Para penonton tertawa bila melihat  telatah pelawak itu. ( salah )
    Para penonton tertawa apabila melihat telatah pelawak itu ( betul )

2. Kita haruslah berakhlak mulia agar supaya dihormati orang lain. ( salah )
    Kita haruslah berakhlak mulia agar dihormati orang lain. ( betul )
    Kita haruslah berakhlak mulia supaya dihormati orang lain. ( betul )

3. Adik menangis sebab dipukul oleh ibu. ( salah )
    Adik menangis kerana dipukul oleh ibu. ( betul )

4. Encik Arif naik ke pentas dan menyampaikan ucapan. ( salah )
    Encik Arif naik ke pentas lalu menyampaikan ucapan. ( betul )

5. Selama dipujuk oleh ibunya, barulah budak itu berhenti menangis. ( salah )
    Setelah dipujuk oleh ibunya, barulah budak itu berhenti menangis. ( betul )

6. Murid-murid itu tidak dibenarkan pulang sehingga ibu bapa mereka tidak mengambil 
    mereka. ( salah )
    Murid-murid itu tidak dibenarkan pulang selagi ibu bapa mereka tidak mengambil
    mereka. ( betul ) 

7. Budak itu cantik kecuali sombong. ( salah )
    Budak itu cantik tetapi sombong. ( betul )





                               Foto: Cikgu Rashid Jun 2014
                               Jalan berliku untuk menuju kejayaan    

F. HUKUM D-M

Kesalahan Dalam penggunaan Hukum D-M

1. Ayah membeli goreng keladi di gerai Mak Siti. ( salah )
    Ayah membeli keladi goreng di gerai Mak Siti ( betul )

2. Kami sekeluarga makan di Cili Padi Restoran. ( salah )

    Kami sekeluarga makan di Restoran Cili Padi. ( betul )

3. Gadis yang memakai mini telekung itu sungguh ayu.  

    ( salah )
    Gadis yang memakai telekung mini itu sungguh ayu.  
    ( betul )

4. Ramu pergi ke gigi klinik kerana giginya sakit. ( salah )

    Ramu pergi ke klinik gigi kerana giginya sakit. ( betul )


KECUALIAN HUKUM D-M

1. ibu pejabat                   
2. perdana menteri
3. timbalan menteri
4. pembantu penyelidik
5. naib presiden
6. naib canselor
7. naib yang dipertua

 













RUMUS BAHASA

1. Ali Tukang Jahit ( x )

    Tukang Jahit Ali ( / )

2. Habib Restoran ( x )
    Restoran Habib (/ )

3. goreng pisang ( x )
    pisang goreng ( / )

4. Harun Kedai Roti ( x )
    Kedai Roti Harun ( / )

5. mini bas ( x )
    bas mini ( / )

6. mini pasar ( x )
    pasar mini ( / )

7. skirt mini ( x )
    miniskirt ( / )

8. komputer mini ( x )
    minikomputer ( / )

9. atur mini ( x )
    miniatur ( / )

10. lain-lain perkara ( x )
      perkara-perkara lain ( / )

11. lain-lain hal ( x )
      hal-hal lain ( / )

12. Mini Pasar Razali ( x )
      Pasar Mini Razali ( / )

13. maggi mee ( x )
      mi maggi ( / )

14. ayam daging ( / )  = ayam yang menghasilkan daging 

15. daging ayam ( / )  = daging daripada ayam

16. telur putih     ( / )  = telur yang berwarna putih

17. putih telur     ( / )  = bahagian telur yang berwarna putih

18. kuning telur  ( / )  = bahagian telur yang berwarna 
                                     kuning                         
19. ayam kari ( x )         
      kari ayam ( / )

20. cili sos ( x )
      sos cili ( / )

21. jeruk buah ( x )
      buah jeruk ( / )

22. jeruk ikan ( x )
      ikan jeruk ( / )

23. siber kafe ( x )
      kafe siber ( / )





G. KESALAHAN UMUM TATABAHASA

RUMUS BAHASA

1.  mahal-mahal belaka ( x )
    mahal-mahal ( / )
2. mahal belaka-belaka ( x )
    mahal belaka ( / )
3. lain-lain sebab ( x )
    sebab-sebab lain ( / )
4. lain-lain perkara ( x )
    perkara-perkara lain ( / )
5. cara lain-lain ( x )
    cara-cara lain ( / )
6. tidak mahu lagi datang ke rumahnya ( x )
    tidak mahu datang ke rumahnya lagi ( / )
7. mempunyai banyak masa ( x )
    banyak mempunyai masa ( / )
8. memejamkan rapat-rapat matanya ( x )
    memejamkan matanya rapat-rapat ( / )
9. tiga orang pelajar-pelajar ( x )
    tiga orang pelajar ( / )
10. para guru-guru ( x )
      para guru ( / )
11. ketiga-tiga orang penyanyi-penyanyi ( x )
      ketiga-tiga orang penyanyi ( / )
12. ribuan peminat-peminat ( x )
      ribuan peminat ( / )
13. tiap-tiap pelajar-pelajar ( x )
      tiap-tiap pelajar ( / )
      setiap pelajar ( / )
14. semua penduduk-penduduk ( x )
      semua penduduk ( / )
15. beberapa buah kereta-kereta ( x )
      beberapa buah kereta ( / )
16. kedua anaknya ( x )
      kedua-dua orang anaknya ( / )
17. setengah pelajar ( x )
      setengah-setengah pelajar ( / )
      sesetengah pelajar ( / )
18. amat tercantik ( x )
      amat cantik ( / )
19. suka durian ( x )
      suka akan durian ( / )
20. patuh arahan itu ( x )
      patuh akan arahan itu ( / )
21. terlalu riuh-rendah ( x )
      terlalu riuh ( / )
22. yang terbesar sekali ( x)
      yang terbesar ( / )
      yang besar sekali ( / )
23. beralaskan dengan sehelai kain ( x )
      beralaskan sehelai kain ( / )
      beralas dengan sehelai kain ( / )
24. bersenjatakan dengan pisau ( x )
      bersenjatakan pisau ( / )
      bersenjata dengan pisau ( / )
25. belum mengetahui tentang hal itu ( x )
      belum mengetahui hal itu ( / )
26. berpandukan pada peta ( x )
      berpandukan peta ( / )
      berpandu pada peta ( / )
27. berhampiran sungai ( x )
      berhampiran dengan sungai ( / )
28. bertemu Raudah ( x )
      bertemu dengan Raudah ( / )
29. menonton akan persembahan ( x )
      menonton persembahan ( / )
30. berbincang perkara itu ( x )
      berbincang tentang perkara itu (/ )
31. menduduki pengantin lelaki ( x )
      mendudukkan pengantin lelaki ( / )
32. daun-daun berguguran ( x )
      daun berguguran ( / )
      daun-daun gugur ( / )
33. ditendang oleh saya ( x )
      saya tendang ( / )
34. digunakan oleh kita ( x )
      kita gunakan ( / )
35. dibungkus oleh engkau (x )
      engkau bungkus ( / )
36. dihasilkan oleh kamu ( x )
      kamu hasilkan ( / )
37. mereka bersihkan ( x )
      dibersihkan oleh mereka ( / )
38. saya belum kunjungi ( x )
      belum saya kunjungi ( / )
39. anda belum pulangkan ( x )
      belum anda pulangkan ( / )
40. anggota polis itu tembak ( x )
      ditembak oleh anggota polis itu ( / )
41. Rahimah cuci ( x )
      dicuci oleh Rahimah ( / )
42. baginda rasmikan ( x )
      dirasmikan oleh baginda ( / )
43. saya akan sertai ( x )
      akan saya sertai ( / )
44. awak telah perakukan ( x )
      telah awak perakukan ( / )
45. telah pihak kerajaan usahakan ( x )
      telah diusahakan oleh pihak kerajaan ( / )
46. alat tulis-alat tulis ( x )
      alat-alat tulis ( / )
47. jalan raya-jalan raya ( x )
      jalan-jalan raya ( / )
48. guru besar-guru besar ( x )
      guru-guru besar ( / ) = banyak guru besar
      guru besar-besar ( / ) = banyak guru yang besar
49. kedai runcit-runcit ( x ) 
      kedai-kedai runcit ( / )
50. anak- anak buah ( x )
      anak buah-anak buah ( / )
51. cahaya-cahaya mata ( x )
      cahaya mata-cahaya mata ( / ) 
52. sangat riuh-rendah ( x )
      sangat riuh ( / )
53. sungguh senang-lenang ( x )
      sungguh senang ( / )
54. amat kering-kontang ( x )
      amat kering ( / )
55. hanya sebulan sahaja ( x )
      hanya sebulan ( / )
      sebulan sahaja ( / )
56. terima kasih di atas pertolongan kamu ( x )
      terima kasih atas pertolongan kamu ( / )
57. diletakkan atas meja ( x )
      diletakkan di atas meja ( / )
58. duduk atas tanah ( x )
      duduk di atas tanah ( / )
59. tahniah di atas kejayaan kamu semua ( x )
      tahniah atas kejayaan kamu semua ( / )
60. tidak kakak saya ( x )
      bukan kakak saya ( / )
61. bukan suka makan buah rambutan ( x )
      tidak suka makan buah rambutan ( / )
62. bandaraya ( x )
      bandar raya ( / )
63. bandar raya Kuala Lumpur ( x )
      Bandaraya Kuala Lumpur ( / )
64. pasaraya ( x )
      pasar raya ( / )
65. Pasar raya Tesco ( x )
      Pasaraya Tesco ( / )
66. saling kunjung-mengunjungi ( x )
      saling mengunjungi ( / )
      kunjung-mengunjungi ( / )
67. saling pandang ( x )
      saling memandang ( / )
      pandang-memandang ( / )
68. selain daripada itu ( x )
      selain itu ( / )
69. selain dari itu ( x )
      selain itu ( / )
70. selain daripada petani-petani ( x )
      selain petani ( / )
71. meningkat dari RM 20.00 ke RM 30.00 sebungkus ( x )
      meningkat daripada RM 20.00 kepada RM 30.00
      sebungkus ( / )
72. di dalam dan luar rumah ( x )
      di dalam dan di luar rumah ( / )
73. ke atas dan bawah ( x )
      ke atas dan ke bawah ( / )
74. bukan untuk kamu tetapi saya ( x )
      bukan untuk kamu tetapi untuk saya ( / )
75. dari Lim kepada saya ( x )
      daripada Lim kepada saya ( / )
76. daripada siang hingga malam ( x )
      dari siang hingga malam ( / )
      sejak siang hingga malam ( / )
77. daripada pukul 8 pagi hingga ke pukul 10 pagi ( x )
      dari pukul 8 pagi hingga pukul 10 pagi ( / )
79. daripada Perak ke Kedah ( x )
      dari Perak ke kedah ( / )
80. Adalah dimaklumkan bahawa.... ( x )
      Dengan ini dimaklumkan bahawa....( / )
      Para pelajar dimaklumkan bahawa.... ( / )
81. ialah untuk ibu ( x )
      adalah untuk ibu ( / )
82. adalah makanan kegemaran saya ( x )
      ialah makanan kegemaran saya ( / )
83. ialah ke arah selatan ( x )
      adalah ke arah selatan ( / )
84. adalah guru kesayangan saya ( x )
      ialah guru kesayangan saya ( / )
85. ialah tidak benar ( x )
      adalah tidak benar ( / )
86. ialah sangat dalam ( x )
      adalah sangat dalam ( / )
87. belajar di kolej atau universiti ( x )
      belajar di kolej atau di universiti ( / )
88. ke pasar atau kedai ( x )
      ke pasar atau ke kedai ( / )
89. dari hari ke sehari ( x )
      dari sehari ke sehari ( / )
      dari hari ke hari ( / )
90. berbagai barang ( x )
      pelbagai barang ( / )
      berbagai-bagai barang ( / )
91. mendapat banyak faedah ( x )
      banyak mendapat faedah ( / )
92. memberitahukan ibu tentang perkara itu ( x )
      memberitahukan perkara itu kepada ibu ( / )
      memberitahu ibu tentang perkara itu ( / )
93. memperolehi wang ( x )
      memperoleh wang ( / )
94. banyak faedah diperolehi daripada bersenam ( x )
      banyak faedah diperoleh daripada bersenam ( / )
95. manfaat yang saya telah perolehi ( x )
      manfaat yang telah saya peroleh ( / )
96. boleh membaca dengan lancar ( x )
      dapat membaca dengan lancar ( / )
97. secantik dengan ibu Salim ( x )
      secantik ibu Salim ( / )
      sama cantik dengan ibu Salim ( / )
98. membuat temu janji ( x )
      membuat janji temu ( / )
99. meresmikan majlis itu ( x )
      merasmikan majlis itu ( / )
100. teringat oleh kenangan manis ( x )
        teringat akan kenangan manis ( / )
101. ada kepada Maimunah ( x )
        ada pada Maimunah ( / )
102. tempat meletak kereta ( x )
        tempat letak kereta ( / )
103. seni mempertahankan diri ( x )
        seni pertahanan diri ( / )
104. pusat memberi-belah ( x )
        pusat beli-belah ( / )
105. hukuman merotan ( x )
        hukuman rotan ( / )
106. menyatakan tentang perkara itu ( x )
        menyatakan perkara itu ( / )
107. membawa juga alat itu ( x )
        membawa alat itu juga ( / )
108. bergantung kepada ( x )
        bergantung pada ( / )
109. muncul juara ( x )
        muncul sebagai juara ( / )
110. teringatkan kekasihnya ( x )
        teringat akan kekasihnya ( / )
111. rindukan kami ( x )
        rindu akan kami ( / )
112. penghawa dingin ( x )
        pendingin hawa ( / )
        penyaman udara ( / )
113. memperindahkan kawasan itu ( x )
        memperindah kawasan itu ( / )
114. memperlebarkan jalan raya ( x )
        memperlebar jalan raya ( / )
115. mempersembah tarian zapin ( x )
        mempersembahkan tarian zapin ( / )
116. mempertingkat hasil keluaran ( x )
        mempertingkatkan hasil keluaran ( / )
117. adalah seperti berikut ( x )
        adalah seperti yang berikut ( / )
118. adalah merupakan musuh negara ( x )
        merupakan musuh negara ( / )
119. Semoga kehadiran tuan/puan akan menyerikan lagi
        majlis kami. ( x )
        Kami berdoa semoga kehadiran tuan/puan akan
        menyerikan majlis kami lagi. ( / )
120. menonton televisyen berjam lamanya ( x )
        menonton televisyen berjam-jam lamanya ( / )
121. Jangan membuang sampah di merata-rata tempat. ( x )
        Jangan buang sampah di merata-rata tempat. ( / )
122. mengucapkan syukur dengan Allah ( x )
        mengucapkan syukur kepada Allah ( / )
123. seorang dari peserta ( x )
        seorang daripada peserta ( / )
124. mendapati kami lalu bertanya arah ( x )
        mendapatkan kami lalu bertanyakan arah ( / )
125. mengucapkan berbanyak terima kasih ( x )
        mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih ( / )
126. kesemua anak-anak sungai ( x )
        kesemua anak sungai ( / )
127. rakyat-rakyat di negara ini ( x )
        rakyat di negara ini ( / )
128. Tolong menutup tingkap itu. ( x )
        Tolong tutup tingkap itu. ( /)
129. Tolong jangan ganggu saya. ( x )
        Jangan ganggu saya. ( / )
130. Sila jangan memijak rumput. ( x )
        Jangan pijak rumput. ( / )
131. Minta jangan berbuat bising. ( x )
        Jangan bising. ( / )
132. kata-kata aluan ( x )
        kata alu-aluan ( / )
133. Pilihlah apa-apa yang kamu suka. ( x )
        Pilihlah mana-mana yang kamu suka ( / )
134. ketika tiba ke garisan penamat ( x )
        ketika tiba di garisan penamat ( / )
135. senarai nama-nama murid ( x )
        senarai nama murid ( / )
136. Tiada siapa pun yang boleh menjawabnya. ( x )
        Tiada sesiapa pun yang dapat menjawabnya. ( / )
137. cintakan gadis itu ( x )
        cinta akan gadis itu ( / )
        cinta kepada gadis itu ( / )
138. sayangkan ibu ( x )
        sayang akan ibu ( / )
        sayang kepada ibu ( / )
139. menggunakan juga nama samaran ( x )
        menggunakan nama samaran juga ( / )
140. membaca banyak buku ( x )
        banyak membaca buku ( / )
141. menerangkan sekali lagi berlakunya kejadian itu ( x )
        menerangkan berlakunya kejadian itu sekali lagi ( / )
142. mengangkat sedikit kaki kirinya ( x )
        mengangkat kaki kirinya sedikit ( / )
143. Apakah baik perbuatan itu? ( x )
        Adakah baik perbuatan itu? ( / ) 
144. Itu Encik Ramlikah? ( x )
        Itu Encik Ramli? ( / )
        Encik Ramlikah itu? ( / )
145. Harga pen ini berapakah? ( x )
        Harga pen ini berapa? ( / )
        Berapakah harga pen ini? ( / )
146. Dia lupa janji-janjinya. ( x )
        Dia lupa akan janji-janjinya. ( / )
147. di kalangan pelajar ( x )
        dalam kalangan pelajar ( / )
148. pada masa kini ( x )
        pada masa ini ( / )
        kini ( / )
149. tampa membuang masa lagi ( x )
        tanpa membuang masa lagi ( / )
150. sering mememui kesalahan ejaan ( x )
        sering menemukan kesalahan ejaan ( / )
        sering menemui Cikgu Abidin di makmal sains ( / )
151. merasa amat kecewa ( x )
        berasa amat kecewa ( / )
        merasa kek lapis itu ( / )
152. Semoga kehadiran tuan/puan akan menyerikan lagi 
        majlis kami. ( x )
        Kami berdoa semoga kehadiran tuan/puan akan