Saturday 27 September 2014


TIPS MENJAWAB SOALAN UPSR KERTAS 1

PENGGUNAAN KATA
TEKNIK MENJAWAB SOALAN

1. Soalan Penggunaan Kata lazimnya dikemukakan 
    pada soalan 1 hingga soalan 18 dalam UPSR.
2. Penggunaan kata yang dimaksudkan ialah calon 
    diminta memilih salah satu pilhan jawapan yang 
    dikemukakan. Yang paling banyak dikemukakan 
    dalam UPSR ialah kata kerja dan kata adjektif.
3. Antara teknik yang berkesan ialah Teknik Kata 
    Kunci.   


 Soalan Perbincangan 1

Nelayan itu .............serawan jala di belakang rumahnya dengan seorang anak lelakinya.
A.   menganyam                     B.  menenun
C.   menyirat                          D. memilin

4.  Apakah kata kunci yang dapat membantu calon 
     untuk menjawab soalan ini? Nelayan? Jala? 
     Rumah?
     Untuk makluman calon, kata kuncinya ialah jala,  
     bukannya yang lain-lain. Lazimnya, kata kunci   
     berada pada bahagian belakang garisan atau  
     tempat kosong.
     Mengapakah jala dapat dianggap sebagai kata   
     kunci?

a)  Sekiranya calon membuang keterangan predikat  
     dalam ayat di atas, calon masih dapat menjawab  
     soalan ini.
     Nelayan itu.........serawan jala.
b)  Sekiranya calon menggantikan perkataan nelayan
     dengan perkataan lain, calon masih dapat   
     menjawab soalan ini.
     Pak Ismail..........serawan jala.
c)  Sekiranya calon membuang perkataan serawan            
     jala, calon tidak lagi dapat menjawab soalan ini.         
     Nelayan itu.................di belakang rumahnya  
     dengan anak lelakinya.

5.  Selepas kata kunci dikenal pasti, barulah calon 
     menentukan pilihan jawapannya dengan melihat  
     pilihan ABCD satu persatu untuk mementukan 
     kesesuaian dengan serawan jala.
     A. menganyam serawan jala
     B. menenun serawan jala
     C. menyirat serawan jala
     D. memilin serawan jala

6.  Perkataan menganyam lazimnya digunakan  
     untuk 'tikar,' menenun pula digunakan untuk 
     songket, manakala memilin digunakan untuk 
     'sabut.
     Perkataan menyirat bermaksud " membuat jala, 
     menganyam, menjalin, merajut".
     Pilihan jawapan yang paling sesuai untuk soalan 
     perbincangan di atas ialah menyirat.

Latihan Perbincangan 
1.  Semua rakyat bersedih kerana tidak menduga bahawa sultan yang berjiwa rakyat itu......... secara tiba-tiba.   

A. beradu            B. bersantap            C. mangkat    
D.belasungkawa

2. Apabila melihat mata Puan Salmah......... saya turut berasa sayu atas kejadian malang yang menimpa keluarganya.  
A. mereneh          B. merengek           C. menyala   
D. merengket

3. Dia membeli setandan pisang yang masih..........
untuk dijadikan kerepek.
A. ranum    B. mentah     C. mengkal       D. longkah

4. Ibu bapa diingatkan agar tidak terlalu.................
mengejar    kemewahan   sehingga     mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak.
A. cuai   B. gelojoh      C. ghairah     D. gelabah

5. Rendang ayam kampung yang dimasak oleh Mak Munah ............ kerana api terlalu besar.
A. rapuh     B. garing     C. hangus      D. rentung 

6. Karyawan filem itu terpaksa menerima kritikan
................daripada pengulas filem kerana filem terbaharunya itu tidak mencerminkan keharmonian rakyat di negara ini.
A. kuat      B. hebat       C. sengit        D. dahsyat

7. Menurut pihak berkuasa, kapal terbang itu terpaksa
melakukan pendaratan kecemasan..........satu daripada enjinya telah mengalami kerosakan.
A. jika      B. kerana      C. kecuali        D. dengan

8. Ibu menggunakan sejenis cecari khas ................
memastikan pakaian yang dicucinya itu berbau harum.
A. untuk      B. kerana      C. supaya       D. dengan

9. Pihak sekolah bercadang untuk......... jalan masuk
ke sekolah kerana semakin sempit selepas pokok bunga ditanam di sepanjang jalan.
A. melebar         B. kelebaran            C. pelebaran
D. memperlebar 

10. Tindakan .............. akan dikenakan terhadap mana-mana pegawai di jabatan itu yang melanggar peraturan pejabat.
A. tatacara   B. tataadab  C. tatasusila   D. tatatertib 

SINONIM
PANDUAN MENJAWAB SOALAN

1.  Salah satu teknik yang dapat digunakan  ialah Teknik Tukar Ganti. Teknik ini mudah untuk dilakukan kerana calon hanya perlu menggantikan perkataan   yang   dipilih   dengan   kata   yang bergaris.    Kemudian   calon    perlu      membaca keseluruhan ayat itu semula. Sekiranya maksud ayat tersebut sama, maka pilihan jawapan tersebut betul. 

Soalan Perbincangan
Walaupun dia memiliki harta yang banyak, namun sifat bakhil yang ada padanya tidak disenangi oleh penduduk setempat.
Perkataan seerti bagi perkataan bakhil ialah
A. lokek       B. tamak       C. hasad        D. angkuh

2.  Pertama sekali, calon membaca keseluruhan ayat yang diberikan. Berikan fokus pada perkataan yang bergaris, iaitu bakhil. Sekiranya calon memang mengetahui maksud bakhil, tidaklah menjadi masalah untuk menentukan perkataan yang seerti dengannya.
Namun begitu, bagi memastikan jawapan yang dipilih itu benar-benar tepat dan sesuai, calon dinasihati agar meletakkan setiap pilihan jawapan ABCD pada tempat bergaris itu. Selepas itu, calon perlu membaca keseluruhan ayat itu semula dan calon akan dapat mengenal pasti sama ada maksud ayat setelah ditukar ganti itu sama ataupun tidak sama. Perhatikan langkah kedua di bawah.

a)  Walaupun dia memiliki harta yang banyak, namun  
     sifat lokek yang ada padanya tidak disenangi oleh 
     penduduk setempat.
b)  Walaupun dia memiliki harta yang banyak, namun 
     sifat tamak yang ada padanya tidak disenangi oleh 
     penduduk setempat.
c)  Walaupun dia memiliki harta yang banyak, namun 
     sifat hasad yang ada padanya tidak disenangi oleh 
     penduduk setempat.
d)  Walaupun dia memiliki harta yang banyak, namu 
     sifat angkuh yang ada padanya tidak disenangi 
     oleh penduduk setempat.

3.   Berdasarkan keempat-empat ayat di atas (a-d), ayat yang manakah mempunyai maksud yang sama dengan ayat soalan? Perkataan manakah yang paling sesuai digantikan dengan perkataan bakhil? Adakah lokek, tamak, hasadatau angkuh? Sudah pasti (a) yang paling sesuai dan bersamaan maksudnya, iaitu lokek kerana bakhil dan lokek itu membawa maksud 
"kedekut dan kikir". Perkataan tamak, hasad dan angkuh tidak bersamaan maksud dan maknanya dengan bakhil.Soalan perbincangan ini,jawapannya A.

Latihan perbincangan
1.  Ustaz Elias mengingatkan murid-muridnya agar tidak memendam perasaan marah yang keterlaluan.
Perkataan seerti bagi memendam ialah
A. menaruh       B. mengawas        C. membasmi
D. membendung

2.  Cikgu   Napsiah    runsing    kerana     memikirkan masalah anak muridnya malas membaca.
A. risau       B. bosan     C. kecewa       D. segan

3.  Bola raga yang disepak oleh Tun Ali terkena tengkolok Tun Muhamad.
A. destar     B. topi      C. samping      D. songkok

4. Ayah menuntun tangan adik ketika hendak melintas
jalan raya.
A. menarik  B. memimpin  C. menolak   D. memapah 

5. Mohd Nor membidas setiausaha persatuan itu yang tidak mahu mendengar pandangan ahli jawatankuasa
yang lain.
A. menghentam     B. menentang       C. mengkritik
D. mengecam

ANTONIM
PANDUAN MENJAWAB SOALAN

1.  Salah satu teknik yang  dapat    digunakan   ialah Teknik Tidak.   Melalui   teknik   ini,   calon     perlu meletakkan perkataan  tidak  pada   hadapan   yang bergaris itu.

Soalan Perbincangan
Budak yang kuat makan itu sangat gempal.
Perkataan berlawanan bagi gempal ialah
A. padat      B. kurus      C. gemuk       D. uzur

2.  Bagi soalan perbincangan di atas, perkataan yang bergaris ialah gempal. Melalui Teknik Tidak, calon perlu meletakkan perkataan tidak di hadapan kata gempal. Frasa yang terhasil ialah tidak gempal.
Frasa tidak gempal membawa maksud "tidak gemuk, tidak padat atau bertubuh kurus". Oleh sebab itu jawapannya ialah B iaitu kurus. Perkataan kurus bererti tidak gempal. 

Latihan Perbincangan
1.  Rakyat di negara ini dinasihati agar berjimat cermat ketika berlaku ekonomi negara dalam keadaan yang lembab ini.
Pilih perkataan bagi lembab
A.  kuat        B. pesat        C. cekap        D. pantas

2.  Pemuda itu semakin mendekatkan dirinya kepada Tuhan setelah melakukan pelbagai kesilapan.
A. melarikan      B. menjauhkan      C. melapangkan
D. mengasingkan

3.  Raja  Indraputera  menitahkan  adinda  baginda mengetuai bala tentera ke medan perang.
A. nenda    B. cucunda    C. anakanda    D. kakanda

4.  Tarikh akhir penyerahan borang penyertaan lawatan itu tidak akan dilanjutkan lagi.
A. pemberian      B. pendapatan      C. pengambilan
D. penyimpanan

5.Penyakit yang dihidapi oleh datuknya semakin tenat.  

A. kebah    B. senang     C. menurun      D. tenang


KATA BANYAK MAKNA
PANDUAN MENJAWAB SOALAN

1.  Teknik Ambil Buang merupakan cara yang dapat dimanfaatkan oleh calon untuk menentukan jawapan dengan lebih pantas dan tepat. Yang dimaksudkan dengan Ambil dan Buang ialah:

a)  Bagi ayat yang diyakini betul oleh calon apabila dibaca, maka calon hendaklah menandakan tanda (/)
pada ayat tersebut.
b)  Bagi ayat yang diyakini salah, oleh calon apabila dibaca, maka calon hendaklah menandakan tanda (X)
pada ayat tersebut.
c)  Selepas setiap ayat ditandakan sama ada (/) atau
(X), calon   perlu  melihat  jawapan   ABCD  yang diberikan. Bagi ayat yang ditanda (/), calon hendaklah mengambilnya sebagai jawapan. Bagi ayat yang ditanda (X), calon   perlu   membuangnya    daripada jawapan pilihan.
d) Kemudian,   calon   dapat    menentukan    pilihan jawapan ABCD  dengan  lebih  mudah  lantaran   ada pilihan yang telah dibuang atau disingkirkan  terlebih
dahulu.
e)  Ringkasnya, ayat  yang  betul  hendaklah  diambil, manakala ayat yang salah hendaklah dibuang daripada pilihan jawapan.


AYAT SAMA MAKSUD
PANDUAN MENJAWAB SOALAN

Soalan Perbincangan
Pementasan teater itu akan diadakan di Istana Budaya bersempena dengan program kesenian
kebangsaan.
A. Bersempena dengan program kesenian kebangsaan
    pementasan teater telah diadakan di Istana    
    Budaya.
B. Istana Budaya akan mengadakan pementasan    
    teater itu bersempena dengan program kesenian 
    kebangsaan.
C. Bersempena     dengan     program      kesenian 
    kebangsaan, akan berlangsung pementasan teater
    itu di Istana Budaya.
D. Istana  Budaya  akan  mengadakan   pementasan 
    teater itu untuk memeriahkan sambutan program 
    kesenian kebangsaan.

1.  Salah satu teknik yang paling sesuai untuk dimanfatkan dalam soalan jenis ini ialah Teknik Penggal Ayat.
2.  Teknik ini dimanfaatkan untuk memastikan dua aspek penting untuk menentukan jawapan yang betul berlaku iaitu:
a)  maklumat yang penting tidak tertinggal
b)  maklumat yang tidak ada tidak dimasukkan
3.  Cara untuk memanfaatkan teknik ini adalah dengan memenggalkan ayat kepada frasa-frasa.
Sebagai contoh, perhatikan soalan perbincangan ini.

Pementasan   teater   itu / akan   diadakan    di Istana       Budaya     /    bersempena   dengan   program kesenian kebangsaan.

Ayat ini, selepas dipenggalkan akan menjadi tiga
bahagian frasa, iaitu:
a)  Pementasan teater itu
b)  akan diadakan di Istana Budaya
c)  bersempena dengan program kesenian  
     kebangsaan
4.  Calon mestilah memastikan jawapan yang dipilih mengandungi tiga bahagian tersebut. Sekiranya salah satu bahagian tidak ada, maka ayat yang dipilih tidak lengkap dan tentulah ayat tersebut tidak mempunyai maksud yang sama.
Bersempena    dengan   program    kesenian kebangsaan, pementasan   teater   itu   akan diadakan. ( tidak ada " di Istana Budaya")

5.  Sekiranya jawapan yang dipilih mengandungi bahagian tambahan yang tidak dinyatakan dalam ayat soalan, maka ayat yang dipilih itu turut tidak memiliki maksud yang sama, contohnya:
Di Istana Budaya, pementasan teater itu akan diadakan bersempena dengan program kesenian dan kebudayaan kebangsaan. ( tambahan maklumat yang tidak ada, iaitu  "....dan kebudayaan")

6.  Berpandukan pemenggalan yang dilakukan, calon akan dapat menghasilkan beberapa ayat yang mempunyai maksud yang sama iaitu:
a)  Akan diadakan di Istana Budaya bersempena 
     dengan program kesenian kebangsaan 
     pementasan teater itu.
b)  Akan diadakan di Istana Budaya pementasan 
     teater itu bersempena dengan program kesenian  
     kebangsaan.
c)  Bersempena dengan program kesenian 
     kebangsaan, akan diadakan di Istana Budaya 
     pementasan teater itu.
d)  Bersempena dengan program kesenian 
     kebangsaan, pementasan teater itu akan diadakan 
     di Istana Budaya.

Latihan Perbincangan 
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

1.  Pihak pemaju perumahan / digesa agar membina 
lebih banyak rumah mampu milik / untuk keperluan golengan berpendapatan rendah.
A.  Golongan berpendapatan rendah sentiasa 
     mengharapkan pemaju perumahan membina 
     rumah mampu milik lebih banyak.
B.  Golongan berpendapatan rendah memerlukan 
     rumah mampu milik yang banyak dibina oleh 
     pihak pemaju perumahan.
C.  Rumah mampu milik hendaklah didirikan oleh 
     pemaju perumahan kerana diperlukan oleh 
     golongan berpendapatan rendah.
D.  Demi kepentingan golongan berpendapatan   
     rendah, pemaju perumahan diminta supaya  
     banyak mendirikan rumah mampu milik.

2.  Penggunaan komputer / lebih banyak membawa  kesan positif / daripada kesan negatif / kepada manusia.
A.  Dengan penggunaan komputer yang banyak, 
     manusia menerima kesan positif dan kesan 
     negatif.
B.  Manusia menerima kesan positif yang 
     banyak daripada kesan negatif dalam
     penggunaan komputer.              
C.  Penggunaan komputer menyebabkan manusia 
     menerima kesan positif dan juga kesan negatif  
     yang banyak.
D.  Lebih banyak manusia menerima kesan positif 
     daripada kesan negatif apabila menggunakan