Wednesday 5 November 2014


KATA BILANGAN

Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut. Kata bilangan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis;

1.  Kata Bilangan Tentu
     Contohnya, satu, sepuluh, seribu, tiga juta, dan 
     seterusnya.
     Contoh ayat
     (a)  Dua buah rumah telah hangus dijilat api dalam 
           kejadian kebakaran yang berlaku malam kelmarin.
     (b)  Sebanyak sepuluh ribu orang telah membanjiri 
           stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak 
           itu.

2.  Kata Bilangan Tidak Tentu
     Contohnya, seluruh, segala, semua, sekalian, beberapa
     para
     Contoh ayat
     (a) Semua guru sedang bermesyuarat di dalam bilik 
          guru.
     (b) Seluruh kawasan tanah rendah di pekan itu dinaiki air 
          berikutan hujan lebat malam tadi.

3.  Kata Bilangan Pecahan
     Contohnya, setengah, du pertiga, separuh, lima 
     persepuluh
     Contoh ayat
     (a) Setengah daripada kek itu diberikan kepada Mak Jah.
     (b) Dia menggunakan tiga perempat daripada kertas itu 
          untuk membuat layang-layang.

4.  Kata Bilangan Himpunan
     Contohnya , berguni-guni, berhari-hari, berbulan-bulan
     beratus-ratus, berjuta-juta
     Contoh ayat
     (a) Kedua-dua orang murid itu telah diberi amaran oleh 
          guru besar.
     (b) Berjuta-juta orang di seluruh dunia telah disahkan 
          menghidap penyakit yang berbahaya itu.

5.  Kata Bilangan Pisahan
     Contohnya, setiap, tiap-tiap, masing-masing
     Contoh ayat
     (a) Masing-masing pelajar dikehendaki membawa buku 
          teks ke sekolah esok.
     (b) Tiap-tiap hari Ahmad, Siti, dan Ramu pergi ke sekolah 
          dengan menaiki bas.

6.  Kata Bilangan Tingkat
     Contohnya, pertama, kedua, ketiga, keempat dan 
     seterusnya.
     Contoh ayat
     (a) Siti mendapat tempat kedua dalam pertandingan 
          mewarna yang dianjurkan oleh pihak sekolahnya.
     (b) Anak Pak Arif yang keempat telah meninggal dunia 
          akibat kemalangan jalan raya.


Latihan 1

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan kata bilangan 
yang paling sesuai.

1.  Sekolah akan ditutup selama...............minggu mulai hari 
     Jumaat ini. ( tiga, semua, tiap-tiap )

2.  Ramesh mendapat tempat.............dalam acara larian 
     100 meter. ( beberapa, setengah, kedua )

3.  .................ibu bapa tidak menghiraukan penglibatan 
     anak-anak mereka dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.
     ( Semua, setengah, sesetengah )

4.  ...............orang pelajar yang menghisap rokok di dalam 
     tandas itu akan dikenakan hukuman rotan. ( Semua, 
     Setiap, Ketiga-tiga )

5.  ................banyak projek akan dilaksanakan oleh pihak 
     kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-4. ( Setengah, 
     Semua, Beberapa )

6.  Pak Samad akan menggunakan..................daripada 
     tanah di kebunnya itu untuk ditanami dengan pokok 
     durian. ( dua pertiga, lima, semua )

7.  Keluarga Encik Ramli sudah................menetap di Pulau 
     Langkawi, Kedah. ( berhari-hari, bertahun-tahun, 
     berabad-abad )
8.  ...................pelajar dikehendaki berhimpun di padang 
     sekolah untuk mendengar taklimat ringkas daripada guru 
     sukan mereka. ( Dua puluh, Sesetengah, Sekalian )

9.  Dia telah menunggu saya di situ selama....................jam.
     ( sesetengan, suku, semua )

10.  ............pelajar diwajibkan bergiat aktif dalam bidang 
       kokurikulum di sekolah. ( Tiap-tiap, banyak, beberapa )


Latihan 2

1.  ..............orang penyanyi cilik itu akan membuat 
     persembahan, di Plaza Angsana Johor Bahru. ( Kedua-
     dua, Kedua, Kesemua )

2.  .................ayam ternakan di Kedah telah dimusnahkan 
     kerana dijangkiti virus selesema burung. ( Pelbagai, 
     Ribuan, Sekalian )

3.  Lawatan ke Muzium Negara itu disertai oleh..................
     orang pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Megah Ria. ( 
     empat puluh, keempat puluh, empat-empat puluh )

4.  Kaunter itu ditutup pada waktu rehat dan....................
     pertanyaan tidak akan dilayan. ( beberapa, segala, 
     seluruh )

5.  ..................kawasan di Bandaraya Johor Bahru telah 
     ditenggelami air, berikutan hujan lebat semalam.
     ( Setengah, Pelbagai, Sesetengah )

6.  ..............peserta lawatan sambil belajar dikehendaki 
     berkumpul di dewan untuk mendengar taklimat. ( Para,
     Berapa, Setengah )

7.  ....................ribu orang penonton membanjari Stadium 
     Bukit Jalil untuk menyaksikan konset M.Nasir.  
     ( Berpuluh, Berpuluh-puluh, Berjuta-juta )

8.  Sudah.............lamanya dia tidak pulang ke tanah air.
     ( bertahun-tahun, ketiga-tiga, berbagai-bagai )

9.  Sudah hampir.............jam dia menunggu rakannya di 
     kedai itu. ( setengah, setiap, separuh )

10.  ..............penduduk negara ini masih belum menukarkan 
      kad pengenalan lama mereka. ( Sebilangan, Beberapa,
      Sekalian )


Latihan 3

1.  Razali menyusun.............buku di atas meja itu dengan 
     kemas. ( segala, kesemua, beberapa )

2.  ..............sekolah akan diberi cuti selama dua hari 
     sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut pada 
     hujung minggu hadapan. ( Sekalian, Semua, Tiap-tiap )

3.  ...............orang pendatang tanpa izin telah lari  
     lintang-pukang apabila pihak berkuasa membuat di 
     tapak pembinaan. ( Berpuluh-puluh, Setiap, Sedikit )

4.  ..............peserta syarahan akan diberi masa selama 
     sepuluh minit untuk mereka menyampaikan hujah 
     masing-masing. ( Sekalian, Segala, Beberapa )

5.  Para petani akan mengerjakan sawah.............apabila 
       musim menuai tiba. ( setiap, masing-masing, seluruh )

6.  "Perempuan yang duduk di barisan ............itu ialah 
     bekas guru saya," bisik Radzi kepada Alia. ( ketiga,
     ketiga-tiga, tiga )

7.  Zarina telah memenangi sebuah motosikal kerana 
     menjadi pengunjung yang............ke pameran tersebut.

     ( berjuta-juta, keseratus, beberapa )

8.  Ketika melawat ke Taman Botani di Putrajaya, saya 
     dapat melihat................jenis bunga yang belum pernah 
     saya lihat sebelum ini. ( tiap-tiap, berbagai-bagai, 
     segala )

9.  Penternak ayam itu berasa sangat sedih kerana.............
     daripada ayamnya telah mati diserang penyakit.  
     ( separuh, para, sekalian )

10.  ................pesalah jalan raya yang belum membayar 
       saman dikehendaki berbuat demikian dengan segera 
       sebelum mereka didakwa di mahkamah. ( Segala, 
       Semua, Sedikit )


Latihan 4

1.  ................keluarga di kawasan setinggan itu tinggal
     sehelai sepinggang apabila rumah mereka hangus 
     dijilat api pada malam kelmarin. ( Berpuluh-puluh, 
     Setiap, Para )

2.  ...............haririn berdiri sambil menyanyikan lagu " 
     Negaraku". ( Separuh, Para, Segala )

3.  Perjalanan menuju ke pusat peranginan itu amat 
     memenatkan kerana mengambil masa selama...........jam.
     ( ssetengah, beberapa, suku )


4.  ................murid tidak mengendahkan nasihat guru 
     mereka. ( Semua, Tiap-tiap, Sesetengah )

5.  ..............daripada gajinya itu, diberikan kepada ibunya di 
     kampung. ( Suku, Sesetengah, Segala )

6.  ................guru sedang bermesyuarat di dalam bilik guru.
     ( Segala, Semua, Seluruh )

7.  ..............daripada nasi lemak di dalam pinggan itu telah 
     dimakan oleh kucing kesayangan saya. ( Suku, Setiap,
     Segala )

8.  Hampir.............penduduk di kampung itu memasang 
     jeriji besi pada tingkap rumah mereka. ( banyak, semua,
     sesetengah )

9.  ...............infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan 
     adalah untuk kemudahan rakyat. ( Segala, Seluruh, Dua)

10.  .............daripada buku yang terletak di atas meja itu 
       ialah kepunyaan adik saya. ( Pelbagai, Semua, 
       Sebahagian)


Latihan 5

1.  Hari ini ialah hari...................saya mengikuti kursus 
     kepemimpinan belia. ( ketiga, ketiga-tiga, bertiga )

2.  Mereka diarahkan agar menjalankan tugas....................
     dengan penuh tanggungjawab. ( semua, masing-masing,
     seluruh )

3.  Rahimah merupakan peserta...............dalam 
     pertandingan nyanyian itu. ( pertama, kedua-dua, 
     beberapa )

4.  Pertandingan itu terbuka kepada................warganegara
     Malaysia. ( sebilangan, pelbagai, semua )

5.  Ramlah menyiapkan kerja Bahasa Melayu yang hanya
     tinggal..............lagi. ( suku, banyak, tiap-tiap ) 

6.  Cikgu Ayob mengambil masa selama..............hari untuk 
     menanda kertas Bahasa Melayu itu. ( semua, beberapa,
     segelintir )

7.  ................pagi Amir pergi ke sekolah dengan menaiki 
     bas. ( Setiap, Beberapa, Semua )

8.  ................hadiah telah ditawarkan dalam pertandingan 
     memancing itu. ( Berbagai-bagai, Sebahagian, Seluruh )

9.  ................bumbung bangunan sekolah saya telah 
     diterbangkan angin kencang. ( Beberapa, Segala, 
     Seluruh )


10.  Gerakan mencari.............orang pelajar yang sesat di 
      dalam hutan itu masih diteruskan oleh pasukan 
      penyelamat. ( beberapa, sebahagian, sekalian )


















2 comments: